Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Yaman Berteman Mortar Sepanjang Ramadan

M Update, 06/05/2019 – Mohammad Abkar mengimpikan untuk meraikan Ramadan di rumah tahun ini, tetapi bapa kepada tiga anak itu pasrah, menjalani ibadat puasa sepanjang bulan suci ini di kem pelarian.

Kebanyakan negara mulai berpuasa hari ini, tidak terkecuali rakyat Yaman yang masih dalam suasana perang hingga mencetuskan apa yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaan terburuk memaksa jutaan rakyatnya hidup dalam kebuluran.

Abkar dan keluarganya terpaksa meninggalkan kampung al-Munther pada Jun tahun lalu, ketika tentera kerajaan yang disokong tentera pakatan Arab Saudi melancarkan kempen menentang pemberontak Houthi, di bandar Hodeida, berdekatan Laut Merah.

Beratus-ratus keluarga terpaksa melarikan diri daripada bandar pelabuhan itu dan kawasan sekitarnya.

“Kami sudah berada di sini selama setahun. Setahun lamanya kami masih menjadi pelarian. Kami akan terus bersabar dan selebihnya kami serahkan kepada Allah,” kata Abkar dengan linangan air mata, di kem yang dikawal kerajaan di Khokha, kira-kira 130 meter, di selatan Hodeida.

Pihak yang bertelagah bersetuju untuk mengadakan perjanjian damai Hodeida, di Sweden pada Disember ini, memberi sedikit harapan kepada rakyatnya, tetapi ia seolah-olah semakin pudar kerana peperangan masih berterusan.

Kebanyakan keluarga yang menetap di kem pelarian tidak dapat kembali ke kediaman masing-masing kerana takut terkena tembakan. Abkar tidak terkecuali.

Beliau meninggalkan rumah hanya dengan membawa beg yang dipenuhi pakaian dan sebatang tongkat yang diperlukan untuk berjalan.

Abkar dan isterinya mempunyai tiga orang anak, semuanya dalam keadaan cacat. Mereka menjalani hidup yang amat sukar di dalam khemah sementara yang dibina di atas padang pasir. – AFP

Leave a Reply