Input your search keywords and press Enter.

Maut Kompresor Meletup

M Update, 29/5/2019 – Seorang lelaki maut, manakala anaknya cedera sebaik kompresor pendingin hawa yang diselenggara meletup di belakang sebuah kedai aiskrim di Kuala Pilah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, akibat letupan berkenaan, Soh Cho Seng, 56 maut selepas terjatuh daripada tangga, manakala anaknya, Soh Wei Chuen, 22 cedera ringan. Katanya, dua beranak terbabit melakukan kerja penyelenggaraan pada 11 pagi sebaik diminta berbuat demikian oleh pemilik premis.

Ketika kejadian itu, Cho Seng memanjat tangga aluminium bagi menjalankan kerja pembaikan manakala anaknya membantu dari bawah. Tidak semena-mena kompresor meletup hingga mengenai mangsa menyebabkannya terjatuh,” katanya. Menurut Eva Saifun, pihaknya menerima panggilan 11.13 pagi dan mengerahkan lapan anggota ke lokasi. Mereka dibantu pihak polis serta anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Pilah.

Pihak kami tiba 11.15 pagi mendapati mangsa tidak sedarkan diri. Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia. Mayat diserahkan polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN),” katanya. Menurut Eva Saifun, mangsa sudah lama berkhidmat menyelenggara pendingin hawa dan memiliki sebuah syarikat di Kuala Pilah. – HM Online

Leave a Reply