Input your search keywords and press Enter.

Ranking Ke-70 Dunia, Tahniah UM

M Update, 19/6/2019 – Tahiniah Universiti Malaya (UM) kerana kini berkedudukan ke-70 terbaik dunia, naik 17 anak tangga berbanding tahun lalu berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020 yang dikeluarkan semalam.

QS World University Rankings edisi ke-16 itu menyaksikan universiti tertua di negara ini meneruskan kecemerlangannya apabila menduduki tempat ke-18 di Asia, peningkatan pencapaian buat kali keenam berturut-turut dan kali kedua berturut-turut dalam kedudukan 100 terbaik dunia.

Pengarah Penyelidikan QS, Ben Sowter, berkata sistem pendidikan tinggi Malaysia menunjukkan prestasi luar biasa pada edisi kali ini, namun mereka tidak boleh terlalu selesa berikutan persaingan sengit pada peringkat serantau mahupun global.

Untuk pengetahuan, cabaran utama kebanyakan universiti di negara ini adalah menghasilkan kajian penyelidikan berimpak tinggi.

Kerajaan Malaysia meletakkan bidang pendidikan sebagai teras dan agenda dalam menyokong visi yang bercita-cita tinggi, di samping pelaburan penting serta kukuh.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *