Input your search keywords and press Enter.

Bayi lelaki, wanita hamil ditikam meninggal dunia

M Update, 04/07/2019 – Bayi lelaki yang dilahirkan sejurus ibunya ditikam di ibu kota ini dilaporkan meninggal dunia, kata polis semalam.

Pegawai menerusi kenyataan berkata, anak kepada Kelly Mary Fauvrelle yang dinamakan sebagai Riley, meninggal dunia awal pagi tadi selepas kritikal selama empat hari.

Fauvrelle, yang hamil lapan bulan dibunuh awal pagi Sabtu lalu. Bayinya dilahirkan di lokasi kejadian selepas dibantu anggota perubatan.

Sebelum ini, dua lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh sudah dibebaskan tanpa tindakan lanjut.

Polis menyiarkan rakaman CCTV seorang lagi lelaki yang diburu berhubung pembunuhan itu.

“Pagi ini, kami menerima berita sedih, bayi Kelly iaitu Riley meninggal dunia di hospital. Takziah kepada keluarga mangsa.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat sila tampil untuk memberi maklumat segera,” kata Ketua Inspektor, Mick Norman.

Leave a Reply