Input your search keywords and press Enter.

JPA Adakan Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya Esok

M Update, 24/7/2019 – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya atau e-Pelanggan dalam laman web http://epelanggan.jpa.gov.my pada esok, 25 Julai 2019 pukul 10 pagi hingga 4.00 petang.

Berdasarkan portal berkenaan, orang ramai khususnya penjawat awam, pesara awam serta pelajar tajaan JPA boleh menggunakan platform itu untuk mengemukakan pertanyaan, pandangan atau cadangan mengenai perkhidmatan dan program JPA secara terus kepada para pegawai JPA.

Urusan lain termasuklah mengenai perkhidmatan, penjawatan, pertukaran, elaun, cuti, kemudahan, kenaikan pangkat, tajaan dan pencen, turut boleh diutarakan pada hari esok.

Leave a Reply