Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan sediakan pinjaman mudah kepada industri perladangan buluh tempatan.

Kerajaan Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah untuk menggalakkan industri perladangan buluh tempatan dalam melakukan aktiviti menanam buluh bagi usaha menguranfkan kebergantungan eksport terhadap komoditi utama seperti sawit dan getah.

Pinjaman mudah itu akan berjumlah RM10,000 bagi setiap hektar dengan bayaran balik apabila pinjaman itu matang dalam tempoh tujuh tahun.

Khidmat pinjaman mudah ini disediakan dibawah Program Pembangunan Ladang Hutan namun ia hanya untuk tanaman getah.

Petani tempatan perlu merebut peluang perdagangan buluh di peringkat antarabangsa yang semakin meningkat terutamanya di pasaran negara matahari terbit , Jepun.

Ini kerana Jepun sedang mencari sumber bahan bakar yang lain untuk menggantikan sumber tenaga daripada loji nuklearnya.

Sumbangan daripada industri buluh juga masih kurang yang mencatatkan nilai eksport produk buluh pada 2018 sebanyak RM9.9 juta berbanding saiz pasaran buluh global yang dianggarkan sebanyak US$68.8 bilion setahun.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata MPI dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan kerajaan negeri Perak, sedang membangunkan industri buluh secara kluster dengan menubuhkan tapak semaian buluh di Ulu Kinta seluas 1.7 hektar.

Beliau menjangka sebanyak 100,000 anak benih buluh dapat dihasilkan dalam tempoh sebulan daripada tapak semaian tersebut.

Leave a Reply