Input your search keywords and press Enter.

Taufan Hagibis: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

M Update, 14/10/2019 – Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Hagibis yang membadai Tokyo, Jepun, sehingga melumpuhkan sebahagian besar bandar raya berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, berkata kedutaan Malaysia di negara berkenaan masih memantau perkembangan bencana itu.

“Tiada kemalangan jiwa membabitkan rakyat Malaysia, tiada rakyat kita yang terjejas akibat taufan terbabit namun pihak kedutaan masih melakukan pemantauan. Bagaimanapun saya difahamkan ada segelintir rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang di Tokyo kerana pesawat tidak dapat berlepas,” katanya

Media antarabangsa melaporkan 10 orang maut manakala 16 lagi disahkan hilang selepas Tokyo dibadai taufan paling kuat dalam tempoh beberapa dekad iaitu Taufan Hagibis. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir dan hujan lebat di sekitar Kanto sejurus sebelum subuh dan menjelang pagi semalam, meluaskan amaran itu ke kawasan lain di bahagian utara.

Beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan memantau perkembangan cuaca semasa bagi mengelak kejadian tidak diingini. Sila patuh kepada arahan pihak berkuasa dan sebarang kemusykilan, boleh hubungi pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo di talian 819064239662,” katanya. – BH Online

Leave a Reply