Input your search keywords and press Enter.

KDN Tidak Terlibat Pengeluaran Kad Pekerja Asing Palsu

M Update, 4/11/2019 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen tidak terbabit dalam pengeluaran kad pekerja asing dengan label ‘kewarganegaraan Sabah’.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya memandang berat isu pengeluaran kad pekerja asing yang didakwa didalangi sebuah firma pengurusan di Kota Kinabalu, Sabah. Rentetan kewujudan kad terbabit, kementerian memfailkan laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, semalam bagi memastikan penyiasatan menyeluruh berupaya dilaksanakan secepat mungkin.

“Saya ingin menegaskan, JPN dan imigresen tiada kaitan dengan pengeluaran kad sedemikian, justeru ketua pengarah (kedua-dua agensi terbabit) diarah meneliti laporan itu. Ia bagi mengesahkan sama ada kad pekerja asing ini sah atau palsu. Jika palsu, tindakan tegas mesti diambil terhadap firma pengurusan yang didakwa menjadi dalang dokumen terbabit.

“Pengeluaran kad sedemikian melanggar Akta Pendaftaran Negara 1959,” katanya.

Media melaporkan sayap Pemuda sebuah parti politik berpangkalan di Sabah menggesa pihak berkuasa mengesahkan ketulenan kad data pekerja asing yang mencatatkan kewarganegaraan mereka sebagai ‘Sabah’. Pengeluaran kad yang kini menjadi viral di media sosial didakwa dikeluarkan sebuah firma pengurusan, di sini, beberapa hari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *