Input your search keywords and press Enter.

Cristiano Ronaldo Positif COVID-19

M Update, 14/10/2020 – Cristiano Ronaldo diuji positif COVID-19 kata pasukan kebangsaan Portugal.

Bagaimanapun, penyerang Juventus itu dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala tetapi kini menjalani kuarantin sendiri untuk proses pemulihan.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu didapati positif semalam dan kini dilepaskan daripada pasukan kebangsaan. Dia juga akan terlepas saingan berdepan Sweden awal pagi Khamis ini. Manakala pemain lain diuji negatif serta boleh menetuskan permainan.