Input your search keywords and press Enter.

KWSP Perhalusi Kemudahan Pengeluaran Akaun 1

M Update, 10/11/2020 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang memperhalusi dan menambah baik kemudahan pengeluaran Akaun 1 yang disasarkan seperti yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas. Perincian dan syarat-syarat kemudahan pengeluaran tambahan ini akan dibuat dalam masa terdekat setelah keputusan akhir dimuktamadkan.

Menurut KWSP, Semua pandangan dan input daripada pelbagai pihak berkepentingan sedang dalam proses pertimbangan. Kemudahan ini perlu dibuat berdasarkan satu perincian secara teliti bagi mengimbangi keperluan ahli menangani cabaran semasa dan memastikan simpanan persaraan untuk kesejahteraan masa depan.