Input your search keywords and press Enter.

Mohd Fitri

547 Articles0 Comments

Penganggur Hina Islam Dijel 3 Bulan

M Update, 28/2/2020 – Seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menghina agama Islam menggunakan telefon bimbitnya pertengahan bulan ini. Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Shaffik Amat Zairudin, 26. Beliau didakwa menghantar komunikasi…

Tahniah PPM Rampas Minuman Keras Tanpa Cukai

M Update, 8/1/2019 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu (1), Kampung Acheh menahan dua lelaki tempatan dan merampas 11,418 tin dan botol minuman keras tanpa cukai bernilai RM132,001.19 dalam tiga serbuan di Taiping, semalam. Pegawai Pemerintahnya, DSP Jafri Ahmad berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Unit Risikan Marin Perak…

Malaysia Airlines Elak Ruang Udara Iraq

M Update, 8/1/2019 – Malaysia Airlines mengelak daripada menggunakan laluan udara Iraq bagi penerbangan dua hala untuk destinasi London, Jeddah dan Madinah. Ia susulan Iran melancarkan tembakan roket ke atas dua pangkalan tentera AS awal pagi tadi rentetan insiden pembunuhan Panglima Tentera Iran, Qasem Soleimani, dalam serangan tengah malam di…

YDPA Terima Menghadap PM Mesyuarat Pra-Kabinet

M Update, 8/1/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan yang sulung untuk tahun ini (2020). Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata mesyuarat di Istana Melawati, Putrajaya…

Jangkitan Influenza Di Johor Terkawal

M Update, 8/1/2019 – Orang ramai jangan panik dan risau, kes jangkitan influenza di Johor masih terkawal dan tidak menunjukkan wabak, -Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Aman Rabu. Pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan. Setakat ini tidak ada wabak. Influenza terdapat banyak jenis iaitu A, B…

Penerbangan Pulau Pinang-Taiwan 23 Januari 2020

M Update, 8/1/2019 – Pulau Pinang memulakan “Experience Penang Year 2020” dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu bagi laluan Pulau Pinang-Taiwan oleh Starlux Airlines bermula 23 Januari 2020. Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari dan tiba di Lapangan…

Rakyat Malaysia Dinasihat Daftar Diri Di Kedutaan Terdekat

M Update, 8/1/2019 – Rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat…

Jenazah Farhan Fudhail Selamat Dikebumikan

M Update, 8/1/2019 – Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada 28 Dis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, kira-kira 12.20 tengah malam tadi. Turut menghadiri pengembumian Mohammad Farhan Fudhail, 16, yang mesra dipanggil ‘Shabby’ ialah…

Mangsa Banjir di Kelantan Menurun

M Update, 20/12/2019 – Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 2,113 mangsa daripada 779 keluarga, setakat 2 petang ini. Mereka ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli. Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas turut…

Cadangan Hadkan Kelajuan Motosikal ‘kapcai’

M Update, 20/12/2019 – Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km/jam memerlukan kajian lebih teliti tentang implikasi pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira-kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar di negara ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata selain melibatkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu…