M Update, 24/04/2024 – Rentetan peristiwa menyayat hati seluruh rakyat Malaysia yang meragut nyawa 10 anggota TLDM dalam tragedi yang membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM semalam, sambutan Ulang Tahun dan Perbarisan Sempena Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang sepatutnya dijadualkan…
M Update, 24/04/2024 – Kesemua 10 mangsa yang maut dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat. Prosedur bedah siasat tersebut dijangka selesai lewat tengah hari hari ini, Rabu 24 April 2024. Hospital…
M Update, 23/04/2024 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Lumut, Perak, hari ini. Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. YDPA mahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung…
M Update, 23/04/2024 – Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas. Berikut merupakan kronologi insiden helikopter terhempas sejak 2015: 4 April 2015: Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di kawasan…
M Update, 23/04/2024 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) bagi penyelarasan operasi menyelamat helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak, hari ini. KLARCC diaktifkan pada jam 10.20 pagi tadi…
M Update, 23/04/2024 – Seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini. Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam…
M Update, 23/04/2024 – Keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan Tabung Haji (TH) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Kerajaan dan TH bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi, khususnya Kementerian Haji dan Umrah negara itu bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah…
M Update, 23/04/2024 – Pada Sidang Kemuncak KL20 semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan pendekatan menyeluruh dan sokongan penuh Kerajaan, yang akhirnya bakal membuka satu dimensi baharu untuk pembiayaan modal, rangkaian perhubungan dan kreativiti bagi ekosistem syarikat pemula di Malaysia. Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan rakan-rakan kerjasama mereka mengumumkan…
M Update, 22/04/2024 – Sehingga kini, masih tiada keperluan mendesak untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Jordan dan Lubnan susulan konflik yang berlaku antara Iran dan Israel – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Bagaimanapun, Wisma Putra sentiasa memantau perkembangan di rantau berkenaan dan sedia membawa pulang semua rakyat…
M Update, 22/04/2024 – Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup dari KM12.5 sehingga KM18.5 bermula Selasa hingga Khamis ini bagi kerja-kerja pemeriksaan kabel. Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan penutupan itu bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan…