M Update, 02/07/2025 – Suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di unit kondominium di Cyberjaya, Selasa lalu dipercayai mempunyai niat tidak baik terhadap mangsa. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek terbabit dipercayai merupakan teman lelaki kepada salah seorang daripada dua suspek perempuan yang…

M Update, 30/06/2025 – Pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian hingga mengorbankan nyawa tiga pelancong termasuk dua kanak-kanak direman selama tiga hari. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Setiu bermula hari ini hingga Rabu terhadap pemuda berusia 22 tahun itu. Ia…

M Update, 30/06/2025 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan pemasangan dan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai ini. Pelaksanaan ini melibatkan bas yang dibina mulai 1 Januari 2020 kerana telah diwartakan untuk pemasangan tali pinggang keledar. Manakala, bagi bas yang dibina sebelum…

M Update, 26/06/2025 – Seorang pelajar wanita berusia 20 tahun dari Kuching, Sarawak, ditemui mati dalam bilik asrama universitinya di Cyberjaya, dipercayai dibunuh. Mangsa, penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, tinggal di bilik berkenaan bersama lima rakannya. Bagaimanapun, lima rakan mangsa tersebut sudah pulang bercuti sejak 21 Jun lalu manakala…

M Update, 19/06/2025 – Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dijangka dikuat kuasa tidak lama lagi selepas proses berkaitan dimuktamadkan, menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, ketika ini beliau menunggu draf akta berkenaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Setelah draf tersebut disiapkan…

M Update, 18/06/2025 – KL Strike Force diarahkan menjalankan kajian menyeluruh dan tindakan segera terhadap isu penyalahgunaan dadah melalui peranti vape, yang semakin menular dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah, menurut Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. Dr Zaliha yang juga Pengerusi KL Strike Force berkata, pendekatan yang diambil kelak, akan…

M Update, 17/06/Satu lagi kes serangan menggunakan senjata api berlaku di ibu negara, kali ini di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. “Ada (insiden berlaku), kenyataan media akan menyusul,” katanya…

M Update, 28/05/2025 – Kerajaan mewartakan larangan terhadap tujuh buku yang dikenal pasti mengandungi kandungan yang mampu memudaratkan moral serta mengganggu ketenteraman awam. Pengharaman itu dikuatkuasakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 15, 16 dan 17 April lalu melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan…

M Update, 15/05/2025 – Tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pagi Selasa, masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, anggota berkenaan ialah Koperal Haslizal Mohd Ali, 44; Sarjan Mazlan…

M Update, 14/05/2025 – Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap suspek yang berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak,…