M Update, 16/1/2019 – Gara-gara kegiatan menangkap ikan secara haram dikesan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dikesan di perairan berdekatan Kuala Dulang Kecil, Yan, 3 nelayan sanggup terjun ke laut dipercayai ketakutan ketika melihat bot peronda menghampiri mereka sebelum cuba melarikan diri.
Bot nelayan yang dipercayai menggunakan pukat rawa surong bagi menangkap ikan pada jarak 0.3 batu nautika barat Kuala Dulang Kecil.
Sebelum melarikan diri ke kawasan hutan, nelayan terbabit cuba membawa bot mereka ke kawasan cetek sebelum terjun ke laut dan berenang ke arah pantai namun pihak APMM berjaya merampas bot dan peralatan menangkap ikan bernilai RM35,000.
Peringatan kepada semua penggunaan pukat rawa surong adalah diharamkan kerana ia menjejaskan ekosistem hidupan laut berikutan saiz mata pukat yang tidak dibenarkan.
Sumber : Harian Metro