Input your search keywords and press Enter.

Ahok Bebas, Apa Kata Umat Islam di Indonesia?

M Update, 24/1/2019 – Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, Gabenor Jakarta bukan Islam pertama dalam tempoh setengah abad dan pemimpin etnik Cina pertama, adalah ahli politik terkenal yang dipuji kerana cuba mengatasi kesesakan jalan raya di bandar raya itu dan membanteras rasuah.

Namun, kejatuhan Ahok berlaku secara mendadak selepas kenyataan beliau dalam kempen pemilihan semula yang menyaksikan bekas gabenor itu dituduh menghina Islam.

Rakaman kenyataannya menjadi tular secara atas talian, sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran di Jakarta, diketuai kumpulan radikal yang menentang pemimpin bukan Islam serta menyokong pencabarnya.

Bantahan itu menyebabkan beliau kalah pada pilihan raya kepada calon beragama Islam dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Mei 2017.

Ia dianggap hukuman berat yang luar biasa kerana pendakwa raya hanya mencadangkan tempoh pemerhatian untuk pemimpin yang kini berusia 52 tahun itu.

Kes Ahok menjadi tajuk utama dunia dan mencetuskan gelombang kritikan, termasuk daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa negara dengan 260 juta penduduk itu menyemak semula undang-undang menghina agama.

Dakwaan terhadap Ahok bertumpu kepada kenyataannya kepada pengundi mengenai pencabarnya menggunakan ayat Al Quran bagi memperdaya orang ramai tidak menyokong beliau, yang disifatkan hakim sebagai menghina Islam.

Sumber: AFP, Berita Harian

Leave a Reply