M Update, 29/1/2019 – Kecoh semalam tular gambar Emma Maembong bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Gambar tersebut mendapat kecaman dari netizen kerana ia memang dikatakan tidak senonoh di mana Emma yang merupakan seorang wanita bertudung tidak sewajarnya mengambil gambar sedemikian rupa tambah-tambah Syed itu bukanlah suaminya.
Namun Syed dan Emma telah pun memohon maaf secara terbuka kepada semua dan mengakui memang itu adalah kesilapan mereka. Mereka juga berharap janganlah hal ini dikaitkan dengan keluarga serta rakan-rakan kerana itu sememangnya kesalahan yang datang dari diri mereka sendiri.
Diharapkan tiada lagi insiden seperti ini berlaku pada masa akan datang. Diharapkan netizen menerimanya dan cukuplah buat spekulasi. Manusia tidak sempurna apa yang penting mereka berdua sudah akui kesilapan.