Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Malaysia terima anugerah The Most Outstanding Students di China

Dua pelajar dari Universiti Utara Malaysia COB telah terpilih menerima anugerah ‘The Most Outstanding Students sempena majlis graduasi program mobility outbound di SIAS International University China baru-baru ini. Mereka merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia iaitu Muhammad Muhsin Jafre dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat iaitu Abdul Majid Suaidi.

Anugerah tersebut dipilih oleh pihak fakulti berdasarkan penilaian mereka bagi setiap penglibatan dan prestasi pelajar di dalam mahupun luar kelas sejak permulaan semester sehingga ke penghujung semester. Pihak fakulti turut memilih 7 graduan lain untuk menerima anugerah tersebut. Penerima anugerah yang lain ialah pelajar dari Indonesia, Laos dan Thailand.

Di samping itu juga, pada majlis tersebut seorang pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan dan Logistik iaitu Amirah Mahfut telah memenangi tempat pertama pertandingan penulisan cerpen yang ditulis dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Mandarin sempena ‘International & Culture Week’ yang berlangsung pada 30 Oktober sehingga 2 November 2018.

Setiap peserta perlu menulis cerpen tentang pengalaman hidup di China, merangkumi budaya, makanan, pelancongan, gaya hidup, dan pengalaman belajar di SIAS International University. Para pelajar mobiliti dari seluruh negara bergambar bersama.

Dr. Herman Shah Anuar, Dekan PPA COB turut mengucapkan tahniah atas pencapaian mereka dan turut menzahirkan rasa bangga dan yakin pencapaian yang dikecapi tidak datang dengan mudah melainkan usaha keras dan keinginan pelajar untuk belajar sesuatu yang baharu sepanjang mereka mengikuti program mobiliti. – Kampusuols.com

Leave a Reply