Input your search keywords and press Enter.

‘Cukuplah Setakat Ini’-Sharifah Sofia

M Update, 3/2/2019 – Pelakon Sharifah Sofia mendedahkan kini telah bergelar ibu tunggal selepas perkahwinannya bersama suami, Syed Ismail Syed Ibrahim menemui titik noktah.

Bagaimanapun, Sofia menerusi tembualnya bersama sebuah program hiburan tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka, sebaliknya memberitahu semuanya berjalan dalam keadaan yang baik.

Menurutnya, dia dan bekas suami sepakat untuk menjaga anak-anak mereka, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera secara bergilir-gilir tanpa sebarang masalah.

“Saya mengambil masa dua tahun untuk berfikir mengenainya. Saya mengambil keputusan untuk berpisah dan berbincang dengan bekas suami.

“Ia merupakan perpisahan yang baik dan kami masih berhubung sehingga ke hari ini sebagai kawan baik.

“Kami mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak secara bergilir-gilir. Alhamdulillah saya gembira dengan keadaan sekarang,” ujarnya dalam temubual tersebut.

Sofia dan Syed Ismail mendirikan rumah tangga pada 18 Oktober 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply