Input your search keywords and press Enter.

Remaja Jadi Mangsa Tembakan Rambang

Kawasan dimana remaja perempuan itu kena tembakan

M Update, 3/2/2019 -Seorang remaja, 15 tahun cedera selepas ditembak dalam serangan rambang semasa dia sedang berjalan kaki di Greater Manchester. Remaja perempuan itu berada di Edge Lane di Droylsden pada Sabtu kira-kira pukul 7.15 malam ketika dia ditembak di bahagian belakang kakinya, kata polis.

Pasukan paramedik dihubungi dan terus membawanya ke hospital dimana dia harus dibedah untuk membuang peluru tersebut. Polis percaya senjata yang digunakan itu adalah senapang angin.

Pasukan detektif menyiasat dan mencari penyerangnya dan berkata lebih ramai anggota polis ditempatkan dikawasan kejadian bagi mencari bukti. Ketua Polis Greater Manchester Mark Warner menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Sumber:Sky News

Leave a Reply