Input your search keywords and press Enter.

Daesh Akan Terhapus, Tinggal Habuk

M Update, 7/2/2019 – Presiden Donald Trump menjangka militan Daesh akan hilang semua wilayah yang dikuasainya di Syria dalam masa seminggu ketika berjanji untuk kekal fokus memerangi kumpulan itu.

Trump berkata demikian kepada sidang kemuncak antarabangsa mengenai masa depan pertempuran dengan kumpulan itu, selepas keputusan mengejut mengarahkan pengunduran semua 2,000 anggota tentera AS Disember lalu ketika mengumumkan kemenangan.

“Tentera AS, pasukan pakatan dan Tentera Demokratik Syria sudah membebaskan semua wilayah yang dikuasai Daesh sebelum ini di Syria dan Iraq.

“Ia perlu diumumkan secara rasmi minggu depan bahawa kita sudah menumpaskan khalifah itu 100 peratus,” kata Trump kepada pegawai kanan lebih 70 negara yang bermesyuarat di Jabatan Negara.

Trump berkata, AS akan kekal ‘amat, amat kuat’ dan menggalakkan usaha, termasuk sokongan kewangan dari negara lain.

“Sisa, itu sahaja yang mereka ada, sisa tetapi ia boleh menjadi amat bahaya.

“Kami akan lakukan apa sahaja untuk mengalahkan semua orang dalam kegilaan Daesh dan mempertahankan rakyat kami daripada radikal Islam,” katanya.

Sumber: Berita Harian, Reuters

Leave a Reply