M Update, 8/2/2019 – Baru-baru ni satu kemalangan maut telah berlaku di Kilometer 18, di Limbang di mana apabila anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat warga emas dari Toyota Unser miliknya, sejumlah wang tunai bernilai RM4,000 ditemui bersama-sama lelaki tersebut.
Prinsip kejujuran yang dipegang pegawai dan anggota bomba bertugas dalam operasi itu berjaya menyerahkan semula wang berkenaan kepada menantu mangsa sejurus dimaklumkan mengenai insiden menimpa bapa mentuanya, Chin Siaw Sheh, 85.
Toyota Unser dipandu mangsa bersama dua cucunya masing-masing berusia 11 dan 17 tahun itu terbalik. Anggota bomba bergegas membantu mengeluarkan mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu.
Dua cucu mangsa yang mengalami kecederaan kemudian menghubungi bapa mereka bagi memaklumkan kejadian. Apabila menantu lelaki tiba di lokasi dan duit yang dipercayai hasil perniagaan mangsa diserahkan kepadanya.
Kejadian membabitkan dua kenderaan itu berlaku selepas Toyota Unser dipandu mangsa dari arah pusat bandar ke arah Kampung Medait dikatakan cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bergesel dengan Toyota Vios dipandu wanita warga Brunei berusia 53 tahun.
Sumber : Harian Metro