Sumber – Bernama
Tiga kontrak operasi dan penyelenggaraan keseluruhannya bernilai RM448.09 juta diperolehi Serba Dinamik International Ltd. Selain itu, Serba Dinamik Sdn Bhd memperoleh 6 projek merangkumi satu kontrak kejuruteraan, pemerolehan pembinaan dan pelaksanaan (EPCC), dua kontrak O&M dan EPCC serta tiga kontrak O&M.
Kontrak berkenaan tidak mempunyai nilai spesifik kerana ia berasaskan ‘panggilan’ iaitu perintah kerja akan diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktivitinya dan kadarnya ditentukan sepanjang tempoh kontrak berkenaan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.