M Update, 18/2/2019 – Kehidupan mewah 3 orang penganggur yang juga tokan syabu dan ekstasi berakhir apabila mereka dicekup di rumah Taman Goodland, Betong, kelmarin.
Dalam serbuan 8 malam itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita, masing-masing 24 hingga 39 tahun. Hasilnya, polis merampas syabu dan ekstasi dianggarkan bernilai hampir RM17,000.
Polis menemui syabu yang sudah dibungkus dalam 53 plastik lutsinar dalam serbuan itu.
Polis turut menemui sembilan tablet pil ecstasi, dengan kesemua dadah berkenaan dirampas ditemui dalam bilik di tingkat atas rumah berkenaan.
Siasatan awal mendapati suspek sudah menjalankan kegiatan pengedaran di Betong sejak 2017.
Suspek begitu berhati-hati menjalankan kegiatan haram ini kerana bimbang dihidu pihak berkuasa namun akhirnya tumpas juga.
Sumber : Harian Metro