M Update, 20/2/2019 – Dua lelaki ditemukan maut manakala seorang lelaki kritikal selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah pusat hiburan di Times Square, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Tai Chee Kin, 36 dan Lau Wai Hoong, 37, maut akibat sesak nafas.
Mangsa kritikal berusia 39 tahun sedang menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Seramai 31 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Ipoh dengan dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dihantar ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.
Terdapat 10 mangsa terlibat dalam kejadian di tingkat empat bangunan terbabit. Dua lelaki terbunuh, seorang kritikal dan empat mangsa yang selamat dapat dikeluarkan dengan menggunakan jentera Aeriel Ladder Platform (ALP).
Sumber : Sinar Harian