M update, 5/3/2019 – Kira-kira 500 individu berhimpun di hadapan Balai Polis Batang Tiga, Klebang, Melaka, malam tadi, bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas seorang pemuda yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Perhimpunan selama kira-kira dua jam bermula 8.30 malam itu membabitkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO dan PAS negeri, membuat laporan polis ke atas individu berkenaan yang menggunakan akaun Twitter ‘Alvin Chow’ yang memuat naik kata-kata penghinaan.
Belum lagi reda dengan kemarahan umat Islam terhadap beberapa individu sebelum ini yang bersikap biadap menghina Nabi Muhammad SAW kini muncul seorang lagi seakan mencabar kesabaran orang Islam.
13 laporan polis telah dibuat terhadap kebiadapan individu itu selain turut meminta pihak berkuasa dapat menangani hal ini dengan segera.
Walaupun sudah banyak laporan polis dibuat sebelum ini, semalam muncul lagi seorang individu yang bertindak menghina Rasulullah dan ketegasan pihak berkuasa dalam menangani situasi ini amat perlu.
Sumber : Harian Metro