M Update, 12/3/2019 – Seorang buruh dihukum penjara 80 tahun dan 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam, atas pertuduhan merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu.
Trtuduh berusia 32 tahun mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan dihadapinya mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.
Mohd Taufik memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bagi dua pertuduhan, manakala Jason memerintahkan hukuman dijalankan secara berasingan bagi tiga pertuduhan lagi.
Perbuatan keji tertuduh yang juga warga Indonesia, terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 14 tahun pergi ke Klinik Kesihatan Serasot untuk mendapatkan rawatan kerana mengadu demam pada 4 Mac lalu.
Ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa menceritakan dirinya dirogol bapa kandung sejak berusia 10 tahun ketika ibu dan ahli keluarga lain tiada di rumah.
Susulan itu, penolong pegawai perubatan yang memeriksa mangsa membuat laporan polis sebelum tangkapan dilakukan.
Sumber : Berita Harian