M-Update,25/3/2019, BANGKOK: Parti pro-junta Thailand mendahului dengan kejutan ketika hampir semua undi dikira, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) lewat hari ini, mengetepikan lawannya pembangkang pro-demokrasi dalam pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa 2014.
Parti Phalang Pracharat yang mahu mengekalkan kuasa ketua junta, Prayut Chan-o-cha sebagai Perdana Menteri, memperoleh lebih 7.3 juta undi ketika 91 peratus undi dikira, menurut EC, melebihi setengah juta undi berbanding Pheu Thai.EC berkata, ia akan membuat pengumuman keputusan penuh esok (Isnin) termasuk jumlah kerusi dewan rendah dimenangi setiap parti.
“Tunggu sehingga undi dikira,” kata Savitree Yodchomchin, 58, di luar ibu pejabat parti Pheu Thai di sini di mana suasana bertukar muram di kalangan penyokong.“Saya amat berdebar-debar. Saya akan berada di sini sehingga semuanya jelas,” kata Wipa Ployngam, 53, penyokong anti-junta, parti Future Forward. -AFP