Input your search keywords and press Enter.

(BPPT) RM 100 dibayar mulai hari ini

M Update, 28/3/2019 – Berita gembira buat pelajar. Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 sebanyak RM100 yang bakal memanfaatkan 1.2 juta pelajar di negara ini dibayar mulai hari ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dengan peruntukan RM120 juta, ia akan disalurkan menggunakan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat bagi mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pendidikan tinggi.

Bagi pelajar sedia ada yang mempunyai Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat, bantuan akan dikreditkan ke akaun pelajar mulai hari ini secara berperingkat manakala bagi pelajar yang belum mempunyai kad diskaun itu, permohonan baharu boleh dibuat melalui portal Bank Rakyat mulai 1 April ini.

Katanya, pelajar yang memenuhi kriteria boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat mulai hari ini di pautan http://www.bankrakyat.com.my/bppt.

Sekiranya semakan status ‘tiada rekod’ dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi dan memaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pendidikan masing-masing untuk mengemaskini data MyMohes (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti/e-IPTS (IPT Swasta)/penyelaras agensi yang berkaitan selewat-lewatnya pada 28 April ini,” katanya.

Tarikh akhir permohonan BPPT 2019 adalah pada 31 Mei depan dan tarikh akhir pengambilan Kad Diskaun Siswa dari Bank Rakyat adalah pada 31 Julai depan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberian BPPT 2019 dengan mengakses pautan portal https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/4994-garis- panduan-bppt2019.

Sumber : BH Online


Leave a Reply