M Update, 29/3/2019 – Baca tajuk pun dah gerun kan? Syabas kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang kerana berjaya ‘bergelut’ selama hampir empat jam sebelum berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram awal pagi tadi.
Ular sawa itu ditemui oleh orang awam pada pukul 2.40 pagi semasa reptilia berukuran lebih sembilan meter itu sedang menyeberangi Jalan Semambu untuk ke kawasan semak berhampiran.
APM mengambil masa yang lama kerana ular itu bertindak agresif mungkin kerana berasa terancam dengan kehadiran anggota APM ini, selain faktor saiznya yang besar.
Anggota APM menggunakan penjerut dan penyepit untuk menangkap ular itu dan ular itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.