Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

March 2019

Rompin dan Shah Alam dilanda jerebu teruk?

M Update, 18/3/2019 – Indeks Pencemaran Udara Jabatan Alam Sekitar pagi ini menunjukkan dua kawasan merekodkan bacaan kualiti udara tidak sihat. Setakat jam 8 pagi ini, Rompin di Pahang mencatatkan bacaan IPU tertinggi, 183 dan mencecah paras sangat tidak sihat, 209 jam 6 pagi tadi. Di Shah Alam, Selangor pula…

Ular Tedung Dalam Tangki Kumbahan

M update, 18/3/2019 – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan cabaran menangkap empat ular tedung selar pelbagai saiz di Langkawi, semalam. Empat ular tedung selar itu ditemui dalam tangki kumbahan yang belum digunakan sepenuhnya lagi di inap desa berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Dengan menggunakan peralatan dan pakaian keselamatan,…

Bonda Tiri Sultan Johor Mangkat

M Update, 18/3/2019 – Bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad, mangkat malam tadi. Almarhum Tengku Puan Zanariah ialah Raja Permaisuri Agong yang kelapan ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail memerintah sebagai Yang Di-pertuan Agong dari 1984 hingga 1989. Almarhum yang pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)…

Eurostar tergendala gara-gara mogok pegawai kastam

M-Update,18/3/2019, PARIS: Beberapa perjalanan kereta api Eurostar dari Paris ke London terpaksa dibatalkan dan ada yang tergendala untuk satu tempoh panjang hari ini berikutan mogok oleh pegawai kastam. Tindakan itu dibuat bagi menuntut kenaikan gaji dan suasana bekerja lebih baik selain cuba menunjukkan apa yang mungkin berlaku apabila kawalan sempadan…

Liverpool rampas kedudukan teratas liga

M-Update,18/3/2019, LIVERPOOL: Bintang Liverpool, Sadio Mane menjaringkan satu gol dan memainkan peranan penting dalam satu lagi jaringan ketika mereka kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan kemenangan tipis 2-1 berdepan Fulham, semalam. Ia tampak akan menjadi hari yang mengecewakan buat skuad Juergen Klopp selepas jaringan pembukaan Mane disamakan Ryan Babel…

Insiden Tembakan Di NZ : Lelaki Akan Didakwa Esok

M Update, 15/3/2019 – Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush berkata hari ini, 49 orang terbunuh dalam serangan dua masjid di Christchurch manakala seorang lelaki daripada empat individu yang ditahan, didakwa kerana membunuh. Beliau berkata, sehingga seramai 41 orang maut dalam satu masjid, tujuh di masjid kedua manakala seorang mangsa…

Bomba Buat Pemantauan Di Sungai Kim Kim

M Update, 15/3/2019 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi fokus pemantauan di kawasan sekitar 1.5 kilometer dari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, bacaan paras pencemaran pelepasan gas (PPM) di beberapa kawasan sekitar 1.5 kilometer radius mencatatkan…

Didakwa Kerana Dera Budak

M Update, 15/3/2019 – Bekas pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecuaian terhadap kanak-kanak perempuan berumur setahun 10 bulan sehingga cedera pada 15 Oktober tahun lalu. Tertuduh, Siti Hassan, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan…