Kementerian Pengangkutan memperkenalkan kad XTRA20 yang memberi diskaun sebanyak 20% di setiap hentian kereta api bagi menangani masalah kekurangan pengguna KTM yang semakin semakin berkuarangan pada tiap-tiap tahun.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kerajaan sebelum ini menaikkan tambang KTM dari 11 sen kepada 15 sen per km telah memberi kesan kepada pengguna KTM terutamanya golongan sederhana dan B40.
“Bilangan penumpang menjunam daripada 50 juta kepada 41 juta pada 2016 selepas tambang dinaikkan dan angka tersebut terus menurun pada tahun berikutnya. Mungkin trend penurunan ini berlaku atas factor mambaikpulih landasan dan wujudnya persaingan dengan MRT.” Ujar beliau.
Untuk memperoleh kad tersebut, pengguna hanya perlu menunjukkan MyKad dan mereka akan menerima kad XTRA20 di kaunter KTM Komuter untuk warganegara berusia antara 13 hingga 59 tahun. Pengguna hanya perlu melakukan tambah nilai kad itu dan dapat menikmati diskaun 20% bagi setiap transaksi perjalanan bagi semua perkhidmatan KTM Komuter.
Dengan kadar penjimatan yang dijangka sehingga RM60 sebulan, ia dapat meringankan kos perjalanan kerana kerajaan ingin menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Kementerian Pengangkutan menyasar peningkatan sebanyak 20% bilangan penumpang pada tahun ini. Bagi menunjukkan tahap kecekapan perkhidmatan tren Kumuter, waktu ketibaan tren KTM Komuter akan dipaparkan secara langsung selewat-lewatnya bulan Mei atau Jun ini melalui platform digital terbuka dan aplikasi KTMB yang hampir siap dibangunkan