M Update 03/04/2019 – Polis Sudah merampas 15 tan hasyis di Omdurman, bandar kembar Khartoum dan ia dianggap terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Hasyis adalah sejenis dadah yang dihasilkan daripada Cannabis sativa.
Ketua polis anti narkotik, Jeneral Hussein Nafia ketika memberitahu agensi berita SUNA, berkata dalam operasi di barat Omdurman itu, pihaknya turut berjaya merampas 80 juta pil methamphetamin.
“Ia adalah antara rampasan terbesar di negara ini. Ia adalah hasil maklumat yang diperoleh daripada rangkaian antarabangsa,” katanya tanpa mendedahkan sama ada tangkapan terhadap suspek sudah dibuat.
Perdana Menteri Sudan, Mohamed Tahir Eila semalam, mengunjungi bangunan polis di Khartoum yang menyimpan kesemua dadah yang dirampas. – AFP