Input your search keywords and press Enter.

Netanyahu Ada Kelebihan Bentuk Kerajaan Campuran

M Update, 10/04/2019 –  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pencabarnya, Benny Gantz, masing-masing mendakwa menang pada pilihan raya wilayah itu semalam, dengan beberapa kiraan awal memberikan pemimpin berhaluan kanan veteran itu kelebihan untuk membentuk kerajaan campuran.


Beliau berhadapan kemungkinan pendakwaan dalam tiga kes rasuah. Netanyahu menafikan sebarang salah laku.

Netanyahu, yang sudah memegang kuasa sejak 2009, bergelut mempertahankan kepentingan politiknya ketika cuba menang untuk penggal kelima.

Walaupun tiada parti memperoleh majoriti di Knesset, menurut kiraan awal, dua daripada tiga tinjauan meletakkan Netanyahu dalam kedudukan lebih kukuh untuk membentuk kerajaan campuran dengan bantuan kumpulan serpihan berhaluan kanan.

Kiraan awal di dua daripada tiga saluran utama televisyen Israel menunjukkan Parti Blue and White berhaluan sederhana dipimpin Gantz memang lebih kerusi berbanding Likud di Parlimen yang mempunyai 120 anggota manakala tinjauan ketiga menunjukkan kedua-dua parti terikat.

Beberapa penganalisis politik menyatakan masih terlalu awal memastikan keputusan, dengan masih banyak masa sebelum kiraan muktamad dibuat.

Jika menang, Netanyahu, 69, berada dalam landasan menjadi Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah 71 tahun Israel.

Sementara Gantz, 59, bekas ketua angkatan tentera adalah muka baru dalam politik. — Reuters

Leave a Reply