M Update, 18/04/2019 – Beberapa lelaki bersenjata membunuh 14 orang selepas menawan sebuah bas penumpang di barat daya Pakistan, kata media tempatan hari ini.
Empat saluran TV tempatan berkata bas penumpang dari Karachi ke Gawadar itu hilang sejak awal pagi tadi dari lebuh raya yang menghubungkan kedua-dua bandar itu.
Difahamkan mangsa yang terselamat memberitahu pihak polis, lelaki bersenjata itu membunuh penumpang tertentu selepas memeriksa identiti mereka.
Masih belum dapat disahkan mengapa penumpang dibunuh berdasarkan identiti tertentu.
Wilayah barat daya Baluchistan cukup dikenali sebagai kubu kuat puak pemisah dan militan.
Kumpulan pemisah Baluch sering mensasarkan puak dari etnik berlainan manakala militan pula minoriti Syiah. – Reuters