M Update, 22/4/2019 – Me’nate Steak Hub yang sememangnya terkenal sebagai restoran yang berkonsepkan makanan Barat masih meneruskan tradisi mengetengahkan pelbagai menu yang lazat.
Istimewanya pada tahun ini, mereka memperkenalkan dua pakej istimewa iaitu set A (premium family platter) dan set B (super premium family platter) masing-masing pada harga RM450 dan RM650. Pakej tersebut boleh dinikmati antara lima hingga enam ahli keluarga. Tawaran ini sangat berbaloi dan menjimatkan sangat! Anda juga tidak perlu risau kerana terdapat hingga 11 menu bagi setiap hidangan family platter. Selain itu, para pelanggan akan dapat menikmati hidangan bufet pemanis mulut secara percuma.
Sempenan Ramadan ini, Me’nate Steak Hub mempertaruhkan kambing golek buat pelanggan yang menggemari hidangan yang popular ini sebagai hidangan bufet Ramadan. Selain itu, mereka terus mengekalkan menu cita rasa tempatan seperti nasi beriani, nasi tomato, mi kari, laksa, mi goreng dan pencuci mulut berupa kuih-muih tempatan.
Dua selebriti terkenal iaitu Shukri Sahar atau lebih dikenali Syuk Raja Lawak dan penyanyi serta pengacara popular, Elly Mazlein atau Kak Lina Pompom dilantik bagi memeriahkan kempen promosi Ramadan restoran itu.