Input your search keywords and press Enter.

Perancis Pertahan Hak Navigasi Di Selat Taiwan


FLORENCE Parly (kiri) pertemuan kabinet mingguan di Paris. – Foto AFP

M Update, 26/04/2019 –  Perancis hari ini menegaskan komitmennya terhadap kebebasan navigasi di bawah undang-undang maritim susulan pertikaian dengan China selepas sebuah kapal perang Perancis melalui Selat Taiwan awal bulan ini.

“Tentera laut Perancis melalui Selat Taiwan kira-kira sekali setahun, tanpa sebarang insiden ataupun tindak balas,” kata seorang pembantu kepada Menteri Angkatan Bersenjata Perancis, Florence Parly selepas China memfailkan protes rasmi.

China menyifatkan tindakan itu sebagai laluan yang jarang diambil oleh sebuah kapal perang dari kuasa Eropah.

Beijing menganggap Taiwan yang ditadbir sendiri secara demokratik sebagai wilayahnya yang hanya menunggu masa untuk disatukan semula.

Sebarang cubaan melalui Selat itu dilihat sebagai menentang tuntutan berkenaan. – AFP

Leave a Reply