My International Mobile Sdn Bhd (My Prepaid) menjadikan ahli perniagaan dan selebriti terbuka Rozita Che Wan sebagai rakan Jenama MyPrepaid kerana pelancaran Kad Sim Glamor MyPrepaid Edisi Ekslusif Rozita Che Wan khusus untuk peminatnya di seluruh negara. Justeru itu, MyPrepaid menyasarkan pengguna kad prabayar berkembang kepada 200,000 dalam tempoh dua tahun akan datang dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Fadillah Mat Said menyatakan perkhidmatannya menggunakan rangkaian U mobile dikuasakan dengan lipatan 4G yang memberikan liputan sehingga 92% termasuk Sabah dan Sarawak.
Pada sidang media pelancaran Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan, berliau berkata “Kami mahu menyediakan satu pelan yang menjimatkan disamping memperoleh manfaat kewangan apabila anda berkongsi pengalaman menggunakan prabayar MyPrepaid dengan pengguna lain,”
Kad ini boleh didapati di vendor terpilih seluruh negara berharga RM10 dengan kredit percuma RM5 untuk panggilan, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan data. Kad ini menyediakan pelan dengan penjimatan tiga kali ganda masa berbual berbanding dengan kad lain dalam pasaran di mana caj panggilan adalah 12.5 sen setiap blok 30 saat dan pelan penjimatan data dengan 12GB pada harga RM38.
Apa yang menarik ialah apabila setiap tambah nilai pengguna akan menerima kredit percuma sekali ganda. Selain itu, kad pra bayar ini juga disertakan dengan perlindungan takaful kemalangan peribadi percuma bernilai RM1,500 kepada setiap pengguna.
Di Malaysia, statistik terbaharu menunjukkan 43 juta pengguna telefon dan 30 juta daripadanya adalah pengguna kad pra bayar dan MyPrepaid percaya industri telekomunikasi mampu memberikan ruang yang lebih luas untuk diterokai,