Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

May 2019

BORANG SOAL SELIDIK PERSEPSI TERHADAP INISIATIF KERAJAAN

Satu kajian persepsi terhadap dasar-dasar Kerajaan semasa sedang dilaksanakan oleh portal atas talian M-Update. Adalah diharapkan agar YBhg. Datuk/Dato’/tuan /puan dapat memberikan jawapan kepada semua kenyataan yang dikemukakan. Segala jasa baik dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sila ke link di bawah untuk menjalankan kajian tersebut. Link…

TNB : Lebihan Caj Dikredit Semula

M Update, 8/5/2019 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengkredit semula lebihan caj pengguna meter pintar di negeri ini ke dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj. Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Negeri Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad, berkata pihaknya akan membuat semakan segera terhadap aduan yang diterima.…

PENJAWAT AWAM MENUJU ZERO RASUAH

Beberapa minggu ini YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad masih memberikan perhatian lebih kepada penjawat awam. Ini membuktikan betapa pentingnya penjawat awam sebagai organ utama pentadbiran Negara yang memainkan peranan penting menyampaikan polisi Kerajaan dengan betul dan tepat kepada rakyat. Pada zaman pentadbiran kolonial British, wujud tanggapan bahawa kita…

Bumbung Masjid Dalam Pembinaan Runtuh

M Update, 8/5/2019 – Empat jemaah Masjid Kampung Mengabang Tengah (Masjid Haji Muhammad) di Kuala Terengganu, terselamat selepas sebahagian struktur bumbung masjid itu yang sedang dalam pembinaan, runtuh malam tadi. Dalam kejadian 10.30 malam itu, menara iaitu tapak kubah masjid yang sedang dibina untuk naik taraf masjid runtuh ketika hujan…

Enam Menteri Iraq Bakal Dipecat

M Update, 08/05/2019 – Enam menteri kerajaan Iraq termasuk Menteri Minyak, Thamir Ghadhban dan Menteri Elektrik, Luay Al-Khatteeb, bakal disingkirkan dalam satu rombakan kabinet besar-besaran di sini. Pergolakan dalam kerajaan Perdana Menteri Adel Abdul-Mahdi itu adalah sebahagian daripada kesan pertikaian di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi mendapatkan kuasa…

Penghantar Makanan Maut Bertembung MPV

M Update, 8/5/2019 – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal dinaikinya bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Sungai Putat, di sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Muhammad Hasani Mohd Razip, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan beberapa bahagian…

SKMM : Nafi Pantau, Intip Kandungan Mesej Whatsapp

M Update, 8/5/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan kononnya telefon pintar milik individu tertentu di negara ini dipantau atau diintip pihak berkuasa. “Sebagai badan mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, agensi ini tidak memantau mahupun mengintip perkara yang dimuatkan pengguna aplikasi WhatsApp. SKMM dalam…

Perarakan gajah sempena menghormati Raja Thailand baru

M Update, 08/05/2019 – Sepuluh gajah yang dicat putih berarak hari ini berhampiran Istana Diraja di Bangkok bagi menghormati Raja Thailand yang baru ditabalkan, Raja Maha Vajiralongkorn, sehari selepas upacara pertabalan beliau berakhir. Haiwan itu dan pengendalinya dari Ayutthaya berjalan pada jarak dekat sebelum memberikan penghormatan kepada gambar raja berkenaan.…

PMO nafi kerajaan beri tanah kepada Zakir Naik

M-Update,8/5/2019, PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah dan slot dalam rancangan televisyen tempatan kepada pendakwah terkenal Dr Zakir Naik. Menurut kenyataan PMO, dakwaan sebuah saluran televisyen berpangkalan di India dan berita menerusi beberapa media sosial kononnya kerajaan Malaysia memberi tanah bagi saluran Peace Channel…