M Update, 01/07/2019 – Polis Britain menahan seorang lelaki, atas dakwaan menikam mati seorang wanita sarat mengandung lapan bulan, di selatan ibu negara itu, semalam.
Mangsa dikenalpasti sebagai Kelly Mary Fauvrelle, 26. Bayi beliau dilahirkan di tempat kejadian dan dibawa ke hospital, namun masih dalam keadaan kritikal.
Polis berkata, mereka sudah memberkas penahanan kedua iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun, semalam dan dia kini diletakkan dalam tahanan.
Sebelum itu, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun atas dakwaan bunuh, namun dia dibebaskan di bawah, sementara menunggu siasatan lanjut.
Katanya, motif di sebalik pembunuhan itu masih belum diketahui. – Reuters