M Update, 4/7/2019 – Kerajaan melancarkan program latihan kemahiran percuma kepada kumpulan pekerja isi rumah terendah (B40) bagi meningkatkan kemahiran selaras dengan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).
Program yang dikenali sebagai Skim B40 Capacity Building itu dikendalikan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dijangka dimulakan Ogos nanti yang disasarkan berupaya meningkatkan pendapatan pekerja terbabit. Pelancaran skim itu disempurnakan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran. Program itu adalah lanjutan pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (Faedah Penuh) yang diperkenalkan kerajaan Januari lalu bagi membantu pekerja yang diberhentikan kerja.
Kulasegaran berkata, skim B40 Capacity Building itu terbuka kepada golongan B40 sama ada yang masih bekerja, sudah diberhentikan kerja atau mereka yang masih mencari kerja. Katanya, melalui skim itu pekerja bukan saja dapat meningkatkan kemahiran kerja tetapi menambah nilai kepada pekerja dalam pasaran kerja tempatan. Selain kenaikan gaji, pekerja yang berkemahiran kerja tinggi berpeluang naik pangkat dan masalah pengangguran juga dapat diatasi.
Ini satu lagi usaha kerajaan meningkatkan keupayaan dan kemahiran pekerja tempatan sebagai persediaan menghadapi IR 4.0,” katanya ditemui media selepas pelancaran skim itu, di ibu pejabat PSMB. B40 Capacity Building selaras dengan penetapan dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang memberi peluang pekerjaan lebih luas termasuk menceburi bidang perniagaan, keusahawanan dan bekerja sendiri.
Dianggarkan kumpulan pertama skim itu membabitkan 500 pekerja B40 yang mana latihan diberikan secara percuma terbuka kepada warganegara berusia 18 hingga 45 tahun. Kulasegaran berkata, tahap kesediaan pekerja Malaysia menghadapi IR 4.0 masih rendah kerana jumlah pekerja yang berkemahiran tinggi dicatatkan pada kadar 28 peratus. DreamDice offers hotel casino las vegas strip paradise nevada huge jackpot games such as Million Mambo, Arabian Dream, Chaturbati, and many more. Katanya, kerajaan mensasarkan menjelang tahun depan, kemahiran pekerja dijangka pada kadar 35 peratus. Berdasarkan angka yang ada kini, Malaysia jauh ketinggalan jika dibandingkan negara jiran dan negara maju lain.
“Kita kena kerja lebih keras untuk memastikan sasaran 35 peratus dapat dicapai tahun depan. Saya sarankan majikan supaya melabur meningkatkan kemahiran pekerja mereka, jangan bimbang dengan kehilangan pekerja ini, ” katanya.