M-Update 5 July 2019 : November 2019 adalah bulan dimana misi melobi minyak sawit di Eropah akan bermula apabila Delegasi Malaysia akan beremu dengan pesuruhjaya Eropah.
Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata kementerianntya dengan sokongan agensi yang berkaitan akan bertentang mata dalam meagadakan perbincangan dengan pihak Eropah bagi menepis dakyah dan dakwaan yang salah mengenai minyak sawit dengan menggunakan FAKTA SAINTIFIK yang boleh dipercayai.
Teresa Kok menyatakan bahawa industri minyak sawit perlu memastikan
Bagi meyakinkan lagi Kesatuan Eropah mengenai minyak sawit Malaysia, Kok berkata penting bagi industri tersebut untuk menambah baik prestasi mereka dan kementeriannya telah berusaha gigih untuk memastikan perladangan sawit di negara ini mencapai 100 peratus pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) pada akhir tahun ini.
Setakat ini, kira-kira 36 peratus daripada 5.85 bilion hektar ladang sawit di negara ini telah diperakui MPSO.