Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2019

Lebih 50 Umat Islam Bangladesh Tercedera Dalam Bantahan Hina Nabi

M Update, 21/10/2019 – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera selepas polis melepaskan tembakan terhadap ribuan umat Islam Bangladesh yang membantah kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook pada Ahad. Kenyataan itu didakwa dimuat naik seorang pemuda Hindu sehingga mencetuskan ketegangan di bandar Borhanuddin dalam daerah Bhola…

KPDNHEP : Galak Lebih Banyak Syarikat Peruncit Sertai I-KeeP

M Update, 21/10/2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggalakkn lebih banyak syarikat peruncit di Malaysia mengambil bahagian dalam Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (I-KeeP). Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata, pelaksanaan I-KeeP merupakan kerjasama strategik kerajaan dengan pihak swasta (syarikat-syarikat rantaian peruncitan dan koperasi). I-KeeP adalah…

Banjir – Cuti 10,500 Anggota Bomba Dibeku

M Update, 18/10/2019 – Bermula awal bulan depan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membekukan cuti kira-kira 10,500 pegawai dan anggotanya di seluruh negara bagi menghadapi banjir yang mungkin berlaku ketika perubahan angin monsun yang dijangka berakhir hujung Mac tahun depan. Ia langkah awal menghadapi sebarang kemungkinan dan menyasarkan…

Motif Bunuh Dipercayai Kerana Marah?

M Update, 18/10/2019 – Rasa marah dipercayai motif pembunuhan kejam yang mayatnya ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka, pada Khamis minggu lalu. Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Shahrul Laili Masduki berkata, siasatan kes berkenaan sudah hampir selesai dan pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar…

𝐏ihak 𝐁erkuasa 𝐃alang 𝐏enyeludupan 𝐒empadan 𝐍egara

M Update, 18/10/2019 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendedahkan rakaman aktiviti penyeludupan menerusi pembolosan sempadan negara di Padang Besar, Perlis. Kegiatan ini dipercayai dibantu pihak berkuasa negara yang didakwa menerima rasuah daripada kumpulan sindiket. SPRM turut menayangkan beberapa klip video yang menunjukkan bagaimana penyeludupan berlaku dan penguat kuasa…

KPDNHEP : Pastikan Keselamatan Di Stesen Minyak Pada Tahap Terbaik

M Update, 18/10/2019 – Pengusaha stesen minyak bertanggungjawab memastikan tahap keselamatan persekitaran premis mereka berada di tahap yang terbaik termasuk dari segi kelengkapan peralatan pemadam api supaya dapat mengurangkan risiko kemalangan jiwa dan harta sekiranya berlaku kebakaran. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala…

Ibu Tinggalkan Bayi Bersama Sekeping Nota

M Update, 18/10/2019 – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas meja di belakang rumah seorang penduduk di Felda Palong Lapan di sini, malam tadi. Yang turut ditemui, nota dipercayai ditulis ibu bayi berkenaan yang memaklumkan nama anaknya adalah Farish Azwan. Penulis yang mendakwa dia ibu tunggal dan tidak berkemampuan, juga…

Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal Ke Oscar 2020

M Update, 18/10/2019 – Filem animasi terbitan Les’ Copaque Production, Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal tersenarai antara 32 calon kategori Filem Animasi terbaik yang bakal dipertandingkan pada Anugerah Akademi Ke-92. Mencetuskan perbualan dalam kalangan warganet, kejayaan filem itu menembusi Oscar 2020 adalah atas usaha Les’ Copaque membawa watak kembar…

Jenazah Kakitangan PKNS Dibawa Pulang Hari Ini Atau Sabtu

M Update, 18/10/2019 – Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan, 50, yang terbabit dalam kemalangan di Turki semalam akan dibawa pulang ke tanah air selewat-lewatnya Sabtu ini. Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Mohd Sidek, berkata ketika ini, PKNS sedang menguruskan semua proses berhubung perkara itu termasuk menempah…