M Update, 31/12/2019 – Aplikasi WhatsApp tidak akan berfungsi bagi beberapa jenis telefon pintar Android, iPhone dan Windows mulai tahun depan. WhatsApp dalam satu kenyataan berkata aplikasi itu tidak dapat digunakan mulai esok berikutan telefon pintar menggunakan sistem operasi Windows sudah tidak berfungsi hari ini. Menurut WhatsApp, telefon pintar Android…
M Update, 31/12/2019 – Polis Kedah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak bertindak sewenang-wenangnya bermain bunga api khususnya sempena sambutan Tahun Baru 2020 malam ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya tidak melarang persatuan, syarikat ataupun persendirian menyambut tahun baru, namun menegaskan semua pihak mematuhi undang-undang ditetapkan…
M Update, 31/12/2019 – Bagi memartabatkan tulisan jawi, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memulakan langkah pertamanya dengan menciap di Twitter menggunakan tulisan jawi. Menerusi ciapan baginda bertarikh 28 Disember lalu, baginda bertitah, “Mulai hari ini saya akan menulis jawi dalam Twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita.”…
M Update, 31/12/2019 – Kerajaan memberi jaminan identiti Kampong Bharu dikekalkan serta terus memartabatkan ciri-ciri kemelayuan dan keislaman yang wujud lebih 100 tahun di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata, sehubungan itu pihaknya merancang menyediakan beberapa pembangunan khas seperti pusat persembahan Teater Melayu, projek…
M Update, 31/12/2019 – Lima sekeluarga rentung dan seorang cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Menara Pamilaan, dekat sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam itu, mangsa yang rentung ialah Khatijah Omar, 35 dan tiga anaknya Sapura Sudirman, 3, Zahid, 6, dan Sakirin, 9. Seorang lagi…
M Update, 31/12/2019 – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan pihak syarikat yang mengedar peranti ‘headphone’ yang didakwa boleh mengurangkan dan mengawal kadar gula dalam darah supaya menghentikan penjualan dan pengedaran peranti itu serta merta. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tahap keselamatan dan keberkesanan peranti berkenaan tidak…
M Update, 31/12/2019 – Beberapa program dan peraturan baru akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2020, termasuk program bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Setiap keputusan dibuat diteliti sebaik mungkin serta mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan. Antaranya ialah: 1. Larangan merokok di restoran dan premis makanan tetap. Larangan berkuat kuasa…
M Update, 31/12/2019 – Waktu solat subuh di negeri ini dilewatkan lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa serta merta, kata Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil. Beliau berkata keputusan untuk melaksanakan perkara itu telah mendapat persetujuan daripada Majlis Agama Islam Melaka. “Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis…
M Update, 30/12/2019 – Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) mulai Januari ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution. Keputusan untuk menangguhkan program itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada 18 Disember lalu bagi memberi ruang terhadap…
M Update, 30/12/2019 – Polis menerima laporan berhubung komen berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan agama yang dimuatnaik oleh seorang individu di Facebook, kelmarin. Ketua Penolong Pengarah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid ketika dihubungi…