M Update, 8/1/2019 – Pulau Pinang memulakan “Experience Penang Year 2020” dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu bagi laluan Pulau Pinang-Taiwan oleh Starlux Airlines bermula 23 Januari 2020.
Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira empat setengah jam selepas berlepas.
Pulau Pinang jadi satu-satunya lokasi di Malaysia yang dipilih untuk penerbangan dari lapangan terbang di New Taipei City.
PETACH telah bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan itu sejak Jun tahun lepas bagi merealisasikan penerbangan terus itu.
Sumber : Bernama