M Update, 19/6/2020 – Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat Singapura dan Brunei masuk ke negara ini tetapi tertakluk kepada syarat timbal balas daripada kedua-dua negara itu. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan secara dasar bersetuju untuk membenarkan rakyat Singapura dan Brunei untuk masuk ke Malaysia tanpa…
M Update, 19/6/2020 – “RINDU dengan Masjidil Haram di Makkah terubat apabila datang melawat Masjid Razaleigh,” kata Salmah Kadir, 56, dari Kuala Lumpur ketika ditemui singgah di masjid itu di Gua Musang, hari ini. Dia mengakui Masjid Razaleigh terletak di Bandar Lama, Gua Musang menyerupai Masjidil Haram dan teruja melihat…
M Update, 19/6/2020 – Mahkamah Sesyen Seremban meminta pihak pengendali pengurusan kes remaja Ireland, Nora Anne Quoirin memperincikan senarai saksi sebelum inkues didengar di hadapan koroner mahkamah yang sama 4 Ogos depan. Timbalan Pendakwa raya merangkap pegawai pengendali inkues, Muhamad Iskandar Ahmad, berkata pihaknya menyenaraikan 859 saksi membabitkan pelbagai latar…
DATUK Seri Dr Adham Baba genap 98 hari menjadi Menteri Kesihatan pada Isnin lalu ketika wabak Covid-19 mula menunjukkan tanda-tanda berjaya dikawal di negara ini. Begitupun, doktor perubatan berusia 57 tahun itu mengingatkan rakyat Malaysia bahawa perang melawan virus maut tersebut belum berakhir. “Mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP)…
M Update, 19/6/2020 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggotanya, yang terlibat dengan apa juga kegiatan jenayah termasuklah sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin. Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya mengambil pendekatan tegas berhubung perkara berkenaan, demi menjaga imej pasukan keselamatan itu yang bertanggungjawab memastikan kedaulatan serta kesejahteraan negara, terpelihara.…
M Update, 18/6/2020 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) peringkat kebangsaan yang akan menasihati kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan serta membincangkan usaha penyatuan nasional. KPN dalam satu kenyataan hari ini berkata, MPPN juga akan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan bagi…
M Update, 18/6/2020 – Lebih banyak masjid dan surau khususnya di kawasan zon hijau di negeri-negeri di Semenanjung dibuka bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat Jumaat dan fardu, mulai esok. Pembukaan masjid dan surau dengan jumlah jemaah lebih ramai dibenar dilaksanakan dengan secara terkawal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)…
M Update, 18/6/2020 – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan laman sesawang pertama di negara ini yang membolehkan orang ramai mengakses segala maklumat berkaitan kementerian tersebut. Menterinya, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, laman sesawang www.mira.gov.my adalah inisiatif pihaknya untuk tampil sebagai wadah pemerkasaan syiar Islam di peringkat…
M Update, 18/6/2020 – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang sepatutnya berakhir jam 6 petang esok dilanjutkan sehingga 4 Julai. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jas, berkata susulan pelanjutan itu, penduduk di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan…
M Update, 18/6/2020 – Polis tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mana-mana individu tanpa alasan kukuh mengikut undang-undang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata tiga pemandu teksi ditahan mengikut akta itu, baru-baru ini, adalah berhubung siasatan kes sindiket…