M Update, 15/09/2020 – Berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah bermakna Malaysia mengakui bahawa tuntutan itu mempunyai asas, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Justeru, beliau berkata tiada sebab untuk Malaysia berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah kerana negara ini tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.
Hishammuddin berkata pendirian Kerajaan Malaysia tetap kukuh iaitu tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah. – BERNAMA