Input your search keywords and press Enter.

METT: Pengecas Tanpa Wayar Nanoteknologi Pertama Malaysia Dilancarkan

Foto: FB MOSTI

M Update, 30/9/2020 – Dalam usaha untuk memacu pengkomersialan nanoteknologi Malaysia, Energy Transmission Technology, atau dikenali sebagai METT – pengecas telefon mudah alih tanpa wayar pertama di Malaysia di lancarkan semalam oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

METT berasaskan kuasa 5V berkeupayaan mengecas tanpa sentuhan pada jarak beberapa meter untuk peranti mudah alih selain boleh digunakan untuk semua jenis telefon mudah alih dan tablet.

Foto : NanoMalaysia

Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata METT berpotensi digunakan dalam sektor ekonomi digital dan diharap dapat menggalakkan pembangunan penyelesaian nanoteknologi lain yang berkaitan.

β€œIni selaras dengan aspirasi Industri 4.0 Malaysia. Pengecas tanpa wayar merupakan inovasi berimpak tinggi yang mampu meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan teknologi hijau pada masa akan datang,” katanya semalam.

Enhance Track Sdn Bhd dan NanoMalaysia Bhd akan mengkomersialkan METT yang dijangka memasuki pasaran menjelang pertengahan 2021 serta akan dikilangkan di Malaysia dengan kerjasama rakan yang akan dikenal pasti. METT beroperasi pada julat gelombang frekuensi radio dan terdiri daripada dua komponen: penghantar dan penerima.

Selain itu, METT dijangka dapat menjana hasil jualan hampir RM1.9 bilion dan mewujudkan sehingga 2,800 peluang pekerjaan bagi para pekerja yang memiliki pengetahuan dan kemahiran teknikal STEM. Ini membuktikan bahawa nanoteknologi menjadi bidang penting dalam menggalakkan dan memacu kemajuan ekonomi, selari dengan visi dan keutamaan negara pada masa ini.