M Update, 7/10/2020 – Melalui akaun media sosialnya, anak kepada Eddie Van Halen, Wolfgang Van Halen telah berkongsi berita kematian bapanya. Berita sedih itu dikongsi anak gitaris berkenaan melalui Twittter.
“Aku tak percaya yang aku akan menulis ini, tetapi bapa aku, Edward Lodewijk Van Halen telah kalah dalam peperangannya dengan kanser pada pagi ini. Dia adalah bapa terbaik yang aku boleh minta.
Setiap momen yang aku dapat bersamanya sama ada di atas pentas mahupun diluar pentas merupakan satu anugerah. Hati aku hancur dan aku rasa aku sukar sukar menerima kematiannya.” – TMZ
Isterinya Janie dan anak mereka Wolfgang berada disisi ketika Eddie menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun. Eddie yang merupakan pengasas bersama kumpulan Van Halen yang popular pada tahun 1980-an telah berjuang dengan barah tekak selama lebih dari satu dekad. Dia meninggal dunia di Hospital St. Johns di Santa Monica, California menurut TMZ.
Van Halen yang dianggap antara kumpulan berpengaruh Amerika Syarikat (AS), popular dengan rangkaian lagu hit seperti Jump, Panama, Runnin’ with the Devil dan persembahan gitar solo, Eruption. Van Halen dilaporkan menjual lebih 75 juta album sejak mula aktif dan mempunyai lagu popular tempat pertama terbanyak dalam carta lagu rock di Amerika Syarikat (AS).