M Update, 27/11/2020 – Ribuan peminat berkumpul hari ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bintang Argentina, Diego Maradona sebelum dia dikebumikan di luar ibu kota yang turut mencetuskan kekecohan.
Ketika hari menjelang malam, legenda bola sepak itu dikebumikan dalam satu majlis dihadiri keluarga dan rakan rapat dekat tanah perkuburan Bella Vista di luar Buenos Aires.
Dilabel sebagai seorang daripada pemain bola sepak terhebat dunia, pemergian pemenang Piala Dunia berusia 60 tahun itu mencetuskan kesedihan di seluruh dunia.
“Saya rasa Diego adalah abadi, dia tidak pernah mati di hati kami. Saya sangat sedih kerana dia menjadikan kami sangat gembira,” kata pemandu bas berusia 63 tahun, Antonio Avila di luar kawasan perkuburan berkenaan.
Bagaimanapun suasana tenang di tanah perkuburan itu berbeza dengan apa yang berlaku di Buenos Aires apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ketika bertembung dengan peminat.
Puluhan ribu peminat berbaris sejak awal pagi untuk melihat keranda bintang itu yang dibalut dengan bendera Argentina dan jersi No 10 di Istana Presiden. – AFP/BH Online