Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

December 2020

Perintah Berkurung Perairan ESSZone Lanjut Hingga 31 Dis 2020

M Update, 15/12/2020 – Perintah Berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 31 Dis ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata perintah itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di…

Program Subsidi Upah Dilanjutkan Lebih 3 Bulan Tahun 2021

M Update, 15/12/2020 – Program Subsidi Upah (PSU) akan dilanjutkan melebihi tiga bulan tahun depan, tertakluk kepada beberapa petunjuk fiskal dan keadaan ekonomi negara. Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, berkata PSU yang diwujudkan ketika pandemik COVID-19 berupaya mencetuskan kesan positif dalam menangani masalah pengangguran. Menerusi pendekatan itu,…

Punca Kematian Arwah Adib Bakal Terjawab

M Update, 15/12/2020 – Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. “Kedudukan sama ada (wujud) penyebab sehingga berlaku…

Kerajaan Peruntuk Tempoh Setahun, Selesai Isu Tiada Kad Pengenalan

M Update, 15/12/2020 – Kerajaan memperuntukkan tempoh setahun kepada individu yang tidak memiliki kad pengenalan untuk mengemukakan dokumen sah bagi membolehkan mereka mendapatkan kewarganegaraan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata isu itu telah berlanjutan untuk tempoh yang begitu lama sehingga mengundang pelbagai masalah termasuk dipolitikkan sesetengah pihak sebagai isu perkauman. Tegasnya, adalah tidak logik bagi individu yang berusia lebih 63 tahun…

COVID-19 : 2 Kluster Baharu Dikesan Melibatkan Tempat Kerja

M Update, 15/12/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 yang kesemuanya melibatkan tempat kerja di Selangor dan Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Solar Ria melibatkan daerah Sepang, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor dengan kes indeks telah…

Seekor Kucing Mati Tersepit Di Pintu ‘Roller Shutter’

M Update, 14/12/2020 – Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi. Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi…

IPD Belaga Musnah Terbakar

M Update, 14/12/2020 – Bangunan dua tingkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran musnah 100 peratus dan tiada kematian dilaporkan.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khirudin Drahman ketika dihubungi…

Datuk Arjunaidi, Ketua Polis Selangor Baharu Berkuat Kuasa Hari Ini

M Update, 14/12/2020 – Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini. Beliau mengambil alih tugas berkenaan daripada Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin yang akan bersara wajib esok. Majlis serah terima tugas antara Noor Azam dengan Arjunaidi dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di…

TDM Usir 12 PATI Di Sempadan Malaysia-Indonesia

M Update, 14/12/2020 – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengusir 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam empat kejadian berasingan di sempadan Malaysia-Indonesia, di sini, semalam. Jurucakap Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, kejadian pertama, berlaku jam 1.25 tengah hari, apabila sepasukan anggota yang sedang melaksanakan rondaan keselamatan…